Wednesday 4 November 2015

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL..

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan berita sahabat sepersekolahan kita iaitu Saudara Norazmi Dani yang telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh disebabkan oleh penyakit kanser hati. Sebagaimana yang telah difahamkan, penyakit beliau telah disahkan pada bulan Julai yang lalu.

Bagi memastikan keadaan beliau, lawatan pertama telah dilakukan oleh sahabat kita iaitu saudara Hairi Mahpol dan saudara Rizal Mokhtar ke Hospital Sungai Buloh pada hari Ahad, 25 Oktober yang lalu. Menurut Saudara Rizal dan Saudara Hairi, keadaan beliau agak menyedihkan kerana ketika itu beliau tidak berapa sedarkan diri dan tidak mengenali orang-orang disekelilingnya.




Di atas rasa kemanusiaan dan persaudaraan Islam, pihak ExSKDML telah membuka tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban beliau. Sumbangan telah disampaikan oleh Saudari Anizah dan saya sendiri ke PKKN Sungai Buloh pada hari Sabtu, 31 Oktober yang lalu. Sewaktu lawatan kami ketika itu, beliau telah dipindahkan hospital dan kelihatannya beliau telah beransur pulih. namun begitu, menurut isteri beliau, hati beliau sudah tidak dapat berfungsi seperti biasa dan memerlukan rawatan susulan bersama doktor pakar.





Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di harap sumbangan kecil yang disampaikan dapat membantu menampung kos rawatan perubatan beliau. Bersama-samalah kita doakan agar dipermudahkan segala urusan beliau dan beliau sembuh serta dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagi pihak admin EXSKDML, mengucapkan ribuan terima kasih yang tak tehingga kepada yang telah memberi sumbangan. Semoga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan dan kerahmatan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan diluaskan kesihatan.

Ini saja coretan saya buat kali ini.... sekian terima kasih...

Sentiasa ingat mengingati walau di mana saja kita berada...

Saya,

Hazar @ Shaztouch @ SisAj


Tuesday 27 October 2015

Masihkah kau ingat

Assalamualaikum...

Amboi.. gempak bunyi tajuk post.. isi kandungan tak gempak mana pun.. hihi..
Dalam dok membelek-belek pic dalam galery terjumpa la harta karun khazanah dalam fon ni... ini pun saki baki pic yang tinggal...

Apapun.. layan je la ye pic di bawah ni..












Masih kenal lagi mereka?
Ni je yg ada dlm koleksi sy... perlu gali lagi dlm stor plak... pd yg x de pic kat sini... jgn mara ye.. sbb ni je yg ada... so, rajin2la update pic dlm wasaap.. t sy in kan pic anda. 

Jumpa lg.. 

Monday 26 October 2015

Sekian lama menyepi

Assalamualaikum...
Semakin hari semakin kesibukan menerpa hidup kita. Masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing, dengan jadual harian yang padat.. sehinggakan saya sendiri pun tak sempat nak beri perkhabaran dalam blog ni.

Namun begitu exskdml sentiasa dalam ingatan.. dalam kesibukan itu juga banyak kisah, banyak cerita yang menerpa dalam kehidupan kalangan sahabat exskdml 87-92. Ada kisah gembira, ada kisah duka, ada kisah manis tak kurang pahitnya.

Selamat kembali ke arena blogging ini... apapun.. nantikan kisah suka duka sahabat-sahabat kita dalam coretan seterusnya..

Yang pastinya, kisah suka disambut dengan penuh senyuman... kisah duka disambut dengan kesedihan, simpati... tapi disebalik duka itu SABAR sentiasa setia menemani di dalam...


Apapun.. ceria-ceria selalu.. sehingga bertemu lagi..

Saya,
HAZAR @  SHAZTOUCH @ AJ

Thursday 6 August 2015

Refreshing blog

Assalamualaikum rakan² skdml 87-92

Huhh.. Lama betul rasanya tak jengah blog ni..

Bukan apa, sebenarnya aku lupe password.. Hahahaaa... Nasib baik ingatan aku pulih..

Pic ni saje² jer..







Thursday 26 March 2015

JOM BELEK-BELEK GAMBAR YE... 2












































Belek punye belek... ini baki pic yang ada dalam dslr saya. Masih banyak moment yang  tak terakam lagi ni. Nampaknya di lain masa perlu dipergiat aktiviti paparazzi dan mamarazzi ni supaya tiada moment ketinggalan. 

Apapun korang memang best and awesome. Nantikan aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan di lain masa. sehingga ketemu lagi...

Salam Sayang,
Cikgu AJ @ Sis AJ