Wednesday 4 November 2015

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL..

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan berita sahabat sepersekolahan kita iaitu Saudara Norazmi Dani yang telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh disebabkan oleh penyakit kanser hati. Sebagaimana yang telah difahamkan, penyakit beliau telah disahkan pada bulan Julai yang lalu.

Bagi memastikan keadaan beliau, lawatan pertama telah dilakukan oleh sahabat kita iaitu saudara Hairi Mahpol dan saudara Rizal Mokhtar ke Hospital Sungai Buloh pada hari Ahad, 25 Oktober yang lalu. Menurut Saudara Rizal dan Saudara Hairi, keadaan beliau agak menyedihkan kerana ketika itu beliau tidak berapa sedarkan diri dan tidak mengenali orang-orang disekelilingnya.




Di atas rasa kemanusiaan dan persaudaraan Islam, pihak ExSKDML telah membuka tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban beliau. Sumbangan telah disampaikan oleh Saudari Anizah dan saya sendiri ke PKKN Sungai Buloh pada hari Sabtu, 31 Oktober yang lalu. Sewaktu lawatan kami ketika itu, beliau telah dipindahkan hospital dan kelihatannya beliau telah beransur pulih. namun begitu, menurut isteri beliau, hati beliau sudah tidak dapat berfungsi seperti biasa dan memerlukan rawatan susulan bersama doktor pakar.





Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di harap sumbangan kecil yang disampaikan dapat membantu menampung kos rawatan perubatan beliau. Bersama-samalah kita doakan agar dipermudahkan segala urusan beliau dan beliau sembuh serta dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Bagi pihak admin EXSKDML, mengucapkan ribuan terima kasih yang tak tehingga kepada yang telah memberi sumbangan. Semoga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan dan kerahmatan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan diluaskan kesihatan.

Ini saja coretan saya buat kali ini.... sekian terima kasih...

Sentiasa ingat mengingati walau di mana saja kita berada...

Saya,

Hazar @ Shaztouch @ SisAj


No comments:

Post a Comment